Cheq-sue.com

Title

Koleksi Kreatif Cheq-Sue

Description

Excerpted from the website:

Begitu payah untuk mewujudkan blog ini kerana cheq-sue memang tiada pengalaman langsung dalam bidang IT. Namun bagi menempatkan diri seiring dengan teknologi semasa cheq-sue cuba juga berkat sokongan kuat daripada suami . Blog ini akan dimuatkan dengan segala hasil seni kreatif sulaman tangan cheq yang tak seberapa untuk dikongsi bersama pembaca. Bukanlah pakar cuma mempunyai minat yang amat kuat terhadap seni sulaman ini. Minat terhadap seni sulaman dan kraftangan ini telah bermula sejak di bangku sekolah lagi. Ia mula berputik sejak melihat mak dan ibu saudara membuat crochet. Minat ini semakin bercambah apatah lagi setelah bekerja dan mampu membeli peralatan sulaman dan buku-buku rujukan. Cheq-sue juga tak berguru secara profesional dengan mana-mana Institusi ataupun pakar sulaman, cuma membaca daripada buku dan laman web, rujukan utama cheq-sue adalah buku sulaman daripada Pn. Rosita Jaafar dan Pn. Mariam Abu Bakar. Selain itu cheq-sue juga suka mencari artikel-artikel tentang sulaman di laman web. Paling pantang kalau ternampak baju-baju yang ada jahitan sulaman tak kira sulam benang atau manik tentu cheq akan belek-belek. Kadang-kadang tu siap ambil gambar terus (dengan izin). Aktiviti sulaman ini hanya dilakukan jika ada kelapangan di hujung minggu sambil melayan keletah Adam dan Aisyah yang semakin membesar. Harapan cheq-sue semoga ilmu yang dikongsi ini mendapat Keberkatan dari-Nya. Amin
read more

Additional Information

Related Domains

External Links



Retrieved from "http://aboutus.com/index.php?title=Cheq-sue.com&oldid=25563458"